Quantcast
Channel: metrowealthpictures.net
Viewing all 280 articles
Browse latest View live

Sumpahan Kalung Berlian ‘The Heart of The Ocean’

$
0
0

Anda masih ingat kalung berlian biru yang dipakai Rose dalam filem Titanic? Kalung yang diberi jolokan ‘The Heart of The Ocean’ akhirnya dicampakkan ke dasar laut pada penghujung filem itu.

Kalung berlian itu sebenarnya diinspirasikan daripada perhiasan sebenar yang kini dipamerkan di muzium di Washington D.C, Amerika Syarikat. Berlian biru tua pada kalung itu menjadi salah satu bahan pameran yang paling popular di dunia.

Warnanya yang bening kebiruan, malah boleh bertukar menjadi merah apabila disinari dengan pancaran ultra violet membuat semua mata terpana memandang, seakan mahu memilikinya.

Sebenarnya, berlian tersebut adalah antara batu bermutu tinggi yang sangat mahal nilainya sejak ratusan tahun dahulu yang digelar Hope Diamond dan dikaitkan dengan pelbagai sumpahan.

Ada yang mengatakan batu ini asalnya dicuri dari sebuah patung suci agama Hindu di India dan pencuri tersebut menemui ajal setelah diserang anjing liar.

Pada tahun 1642, seorang pedagang permata Perancis bernama Jean Baptiste Tavernier yang mengembara ke India telah membeli sebutir berlian di wilyah Kollur. Berlian biru itu seberat lebih 112 karat dan merupakan berlian terbesar ditemui ketika itu.

Tavernier kembali semula ke Perancis pada tahun 1668 lalu berlian itu dijual kepada King Louis XIV pemerintah Perancis. Raja itu lantas memotong berlian itu untuk mencantikkannya menjadikan beratnya lebih kurang 67 karat lalu menamakannya sebagai Blue Diamond of The Crown.

Berlian itu kemudiannya diturunkan pula kepada cucunya, King Louis XV yang menjadikannya sebagai salah satu perhiasan pakaian diraja. Kemudian, naik takhta pula King Louis XVI bersama isteri, Marie Antoinette, sebagai permaisuri sekaligus pewaris berlian biru itu.

Di sinilah kononnya kutukan berlian itu bermula. Musibah mula menimpa keluarga diraja itu apabila Revolusi Perancis tercetus pada 1789. Institusi raja digulingkan.

King Louis XVI dan isterinya telah dipenggal kepala. Kesemua harta perhiasan raja termasuk berlian biru itu telah dirampas dan disimpan di Garde-Meuble. Sayangnya, ia telah dicuri kerana tiada kawalan rapi.

Berlian biru hilang begitu saja hinggalah ia dikatakan muncul semula di London pada 1823. Pemilik barunya ialah Daniel Eliason, seorang pembuat barangan kemas.

Walaupun potongan berlian itu tidak sama, ramai percaya itu adalah berlian biru yang hilang sebelum ini dan telah diubahsuai bagi mengaburi kebenarannya.

King George IV dari England telah membeli berlian itu dan setelah kematiannya, berlian itu terpaksa dijual bagi menyelesaikan segala hutang-piutangnya.

Berlian ini kemudian sering bertukar tangan. Seorang pengukir barangan kemas, Wilhelm Fals yang pernah membentuk berlian ini juga menerima padah apabila mati dibunuh anaknya sendiri. Anaknya yang menderhaka itu kemudian membunuh diri sendiri.

Simon Maoncharides pula antara yang pernah menjadi tuan permata mahal ini. Sumpahannya?

Suatu hari beliau memandu kereta bersama isteri dan anaknya. Tidak lama kemudian kereta yang dipandu Simon terhumban ke dalam jurang menyebabkan kesemuanya terbunuh.

Disebut juga, aktor Perancis, Lorens Ladue pernah mencuri berlian ini dari Kanitovski, putera dari Rusia. Bagaimanapun, Lorens ditembak mati sewaktu sedang mengadakan pertunjukan pentas.Setelah mendapat semula berlian itu, tidak lama kemudian, Kanitovski menemui ajal apabila dibunuh oleh pejuang revolusi.

Ada banyak lagi kematian atau tragedi yang dikaitkan dengan pemilik berlian ini. Sehinggalah akhirnya ia dibeli oleh seorang hartawan, Henry Philip Hope lalu dinamakan sebagai Hope Diamond, sempena nama keluarganya. Berlian itu diturunkan kepada anak cucunya setelah kematiannya.

Namun, perniagaan yang diusahakan secara turun temurun keluarga Hope menemui kehancuran sehingga akhirnya, Hope Diamond terpaksa dijual bagi menyelesaikan segala hutang.

Melalui seorang pembeli baru, akhirnya Hope Diamond sampai keAmerika Syarikat. Berlian itu dibentuk semula mnjadi seutas rantai mewah lalu dibeli oleh seorang wanita kaya, Evalyn Walsh McLean.

Walaupun pernah mendengar kisah kutukan Hope Diamond, Evalyn berpendapat apa saja barangan kemas yang sampai ke tanganya boleh bertukar menjadi sesuatu yang bertuah buat dirinya.

Berlian itu sentiasa dipakai oleh Evelyn sehinggalah doktor peribadinya terpaksa memujuk berulang-kali bagi menanggalkan perhiasan itu semasa hendak menjalani suatu pembedahan.

Walaupun mengharapkan Hope Diamond membawa tuah, tapi menjadi sebaliknya. Satu persatu musibah menimpa keluarga Evelyn sejak memiliki berlian itu. Ibu mertuanya meninggal dunia, disusuli kematian anak lelakinya yang berusia sembilan tahun dalam kemalangan.

Anak perempuannya pula mati kerana ketagihan dadah pada usia 25 tahun. Manakala suaminya meninggalkannya kerana ada wanita lain. Suaminya menjadi gila lalu dimasukkannya ke dalam rumah sakit jiwa. Perniagaannya turut bankrap.

Setelah kematian Evelyn, warisnya terpaksa menjual Hope Diamond bagi melangsaikan hutang piutangnya. Seorang tukang perhiasan ternama dari New York, Harry Winston membeli Hope Diamond pada tahun 1949.

Pada November 1958, beliu telah mendermakan berlian itu kepada Institut Smithsonian untuk dijadikan salah satu bahan pameran dalam rangkaian muzium di Washington.

Walaupun tujuan Harry dikatakan untuk menggalakkan ramai orang mendermakan barangan untuk pameran muzium, tapi ramai yang berkata kononnya dia gusar jika kutukan Hope Diamond akan memberi kesan dalam hidupnya kelak.

Malah, James Todd yang ditugaskan menghantar kotak berisi Hope Diamond ke muzium turut cedera apabila dilanggar lori. Musibahnya berlanjutan lagi apabila isteri James mati kerana sakit jantung dan rumahnya terbakar.

Sekalipun dikaitkan dengan pelbagai musibah yang menimpa pemiliknya, namun Hope Diamond masih menjadi antara 10 berlian ternama dan termahal di dunia.

Namun kini, ia hanya sekadar boleh ditatap disebalik kaca pameran dan dikawal ketat oleh pihak muzium di Washingtin d.c.

Sumber : Wujud



Siapakah gerangan disebalik nama Eka Sharif?

$
0
0

Eka Sharif? Ha kalau nak tahu beliau adalah salah seorang peserta Akademi Fantasia musim ke 9. Selain itu, Eka juga adalah vokalis yang menyanyikan lagu OST untuk filem MiG iaitu Pengantin Malam yang bertajuk ‘Deritaku’ bersama band nya, Hanarose.

Selain tu Eka juga banyak buat cover song dengan menggunakan Aplikasi Smule dimana ianya boleh dimuat naik di Android dan Apple Store. Aplikasi tu sangat sesuai kepada sesiapa yang memang giler karaoke, install je terus boleh karaoke, free je taw! Huhu..

Ha kalau sesiapa yang follow Eka Sharif di FB dan IG Eka mesti tahukan yang Eka ni juga selalu berkaraoke menggunakan aplikasi Smule tu. Macam-macam jenis lagu Eka cover taw, serius best! Nak tau jom follow Eka di IG beliau iaitu Eka Shariff.

Selain berkaraoke solo, Eka juga ada berduet bersama artis-artis lain antaranya Afgan, Zahid dan ramai lagi.

MiG Online sebenarnya suka sangat tengok Eka menyanyi, suara dia pun merdu. Orang kata memang ada bakatlah ceritanya,hihi…

Ha jom saksikan beberapa cover video by Eka Shariff dan beberapa keping gambar Eka yang cantik… Let’s watch!

 


Ada Apa Dengan Rangga?

$
0
0

“Rangga, apa yang kamu lakukan ke aku itu, jahat,”

Macam tu la bait-bait ayat dari Cinta buat Rangga, memang comel sangat-sangat. Hehe…

Semalam telah berlangsung Malam Gala Filem Ada Apa Dengan Cinta 2, sequel filem yang pernah menjadi kegilaan kebanyakan dari kita pada suatu ketika dulu. Majlis yang berlangsung sangat-sangat la meriah, sampaikan terkejut jugak la MiG Online masa sampai ke malam gala tersebut. Memang tak dinafikan filem ni amsih lagi berbisa sengatnya.

Terus, gimana ya mau ku ngomong filem ini donk? Haha…

Apa yang MiG Online tengok, keserasian antara Nicolas Saputra & Dian Sastrowordoyo masih lagi tak perlu dinafikan, memang sangat sweet mereka berdua walaupun Cinta (Dian Sastrowordoyo) telahpun bertunang dengan orang yang lain dan Cinta cuba untuk mengelak dari mempunyai perasaan cinta semula kepada Rangga (Nicolas Saputra).

ada-apa-dengan-cinta-2-official-trailer-aadc-2-mp4_snapshot_01-21_2016-03-10_17-39-30_zpsptdkve89

Pertemuan pertama selepas 14 tahun yang bak kata Cinta “Aku ketemu Rangga ngak lebih dari 1 jam, aku akan pulang ya,” berlarutan selama 1 hari dan macam-macam adegan sweet & kelakar sikit terjadi sepanjang tempoh tu.

Hampir kesemua pelakon utama kembali membintangi filem ini kecuali Ladya Cheryl (Alya) yang tidak dapat bersama kerana masih melanjutkan pelajaran.

 

aadc-2-rilis-teaser-trailer-pertemuan-cinta-rangga-di-yogya-a34f_zpscbg3aksq

Pendek kata, filem AADC 2 ni MiG Online yakin mampu menghilangkan rasa rindu korang pada pasangan yang secocok nie.

Anyway, jangan lupa untuk saksikan filem Ada Apa Dengan Cinta nie esok (28 April 2016) di pawagam seluruh Malaysia. Kalau nak tengok ‘full’ filem ni rasanya korang boleh tonton di Indonesia aja. Loe nonton filem nie loe tau la apa gue maksudkan. Hehe.

aadc22002_zpse9tenm8z

aadc22013_zpsnae4ymwn


“Bersaing Secara Sihatlah, Tak Perlu Berdengki” -Ruhainies

$
0
0

Siapa yang tak tahu pertelingkahan hangat yang sedang berlaku di antara kedua pelakon baru ini iaitu Ruhainies dan Janna Nick yang dikatakan semakin rumit,hm…

Semua ini berpunca akibat salah faham yang timbul serta rasa tak puas hati antara kedua-dua belah pihak.

Baru-baru ini, Ruhainies menerusi portal Utusan Online berkata kenapa Janna masih lagi memuat naik video dengan menampilkan pengarah Michael Ang sedangkan beliau sebelum ini sudah memohon maaf banyak kali.

“Apabila dia memuat naik video tersebut dengan kata-kata yang sangat kebudak-budakan, saya rasa semua sudah tahu kebenaran berpihak kepada siapa.

“Kenapa dia perlu panas punggung bila saya dedahkan fakta bahawa ada pelakon dengki kepada saya? Kenapa dia buat video dengan menarik sekali pengarah popular, Michael Ang untuk mempertahankan dia?,” ujarnya.

Malah, apabila ditanya adakah hal ini akan memberi kesan negatif kepada karier Ruhainies, beliau barkata ia terpulang kepada peminat hendak mentafsirkan segala yang berlaku ni macam mana.

“Itu terpulang kepada peminat. Sebab itu saya kata, kita perlu percaya kepada rezeki. Dalam industri ini kita perlu bersaing secara sihat, tidak perlu ada hasad dengki. Pusing-pusing jumpa juga, kan?,” tambahnya.

Ha kalau nak tahu Ruhainies juga menerima banyak terima tawaran lain selepas namanya digugurkan dari membintangi filem Kimchi Untuk Awak. Alhamdulillah murah rezeki Ruhainies kan.

Apapun, MiG Online harap lepas ni takde dah la berita-berita sebegini keluar di dada akhbar. Kalau ada rasa masih tak puas hati tu, lebih baik anda berdua bersemuka dan selesaikan masalah ini secara matang lagipun masing-masing pun dah besarkan.

Sumber : beautifulnara


“Belum Masanya Untuk Saya Bercinta” -Ummi Nazeera

$
0
0

Pelakon cantik manis, Ummi Nazeera akui bahawa dirinya belum bersedia untuk menjalinkan hubungan istimewa dengan mana-mana individu malah beliau lebih selesa memberi tumpuan utama terhadap kerjayanya dahulu.

Beliau mengulas lanjut apabila ditanyakan mengenai gosip diantara beliau dan Zizan Razak.

“Setakat berkawan-kawan dan berkenalan itu adalah dan ia perkara biasa tetapi untuk bercinta memang tidak buat masa ini,” jawabnya ringkas kepada portal Media Hiburan apabila ditanyakan soalan mengenai kisah cinta beliau.

Kalau sebelum ini Ummi pernah digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon, pengacara dan pelawak tanah air iaitu Zizan Razak. Namun, kedua-dua pihak menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan hubungan mereka hanyalah sebagai kawan rapat dan tak menimbulkan perasaan istimewa pun.

Walau bagaimanapun, Ummi akui yang beliau selesa berkawan dengan Zizan kerana sikapnya yang mudah mesra. Zizan juga banyak memberi nasihat kepadanya agar tak mudah melatah dan lebih berhati-hati jika timbul lagi gosip sebegini.

Apapun, MiG Online doakan kebahagiaan kalian berdua. Kalau betul pun bercinta, apa salahnya kan, hihi…

Sumber : Rotikaya


Shaheizy Sam Nafi Kurus Sebab Sakit

$
0
0

MiG Online pasti mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa aktor kacak Shaheizy Sam kelihatan begitu kurus sejak dua menjak ni? Berat badannya kelihatan menurun secara drastik hingga menampakkan Sam cengkung. Ada di antara peminat Sam bertanya adakah beliau sakit?

Namun, disebabkan tak mahu terus berspekulasi dan risau, Sam menerusi akaun Instagram beliau telah pun memuat naik gambar serta status yang menjelaskan sebab beliau semakin kurus.

Sam memberitahu, beliau terpaksa turunkan berat badan untuk watak dalam filem yang beliau bakal menjalani penggambaran tak lama saja lagi.

“Ramai bertanyakan Sam soalan yang lebih kurang sama kebelakangan ni. Soalan2 seperti “kenapa kurus sangat?”, “Sam sakit ke?”, dan ada juga yang bagi statement seperti “jangan la kurus sangat, tak handsome”. Hehek . Jawapannya, kerana tuntutan kerja.

“Alhamdulillah, Sam sentiasa sihat dan kerjaya seorang pelakon tidak wajib untuk kelihatan handsome, macho atau comel sepanjang masa. Watak yang dibawa selalunya mempengaruhi gaya kehidupan seseorang pelakon itu. Semoga segala persoalan terjawab. Terima kasih kerena mengambil berat. I love u all lah!!!,” ujar Sam.

MiG Online tahu Sam adalah antara aktor yang memang mahukan hasil yang terbaik di dalam setiap watak yang beliau lakonkan. Sama seperti filem-filem lepas Sam sanggup bekerja keras malah sanggup berdiet untuk mendapatkan susuk tubuh yang mantap.


Juliana Evans Bercinta Dengan Kerabat?

$
0
0

Disebabkan gambar yang dimuat naik oleh Juliana Evans bersama seorang jejaka kacak di Instagram miliknya baru-baru ini, pelbagai spekulasi telah timbul adakah jejaka itu kekasih hati Juliana?

Hm ada yang menganggap jejaka itu kekasih hati Juliana memandangkan mereka kelihatan begitu mesra malah ada satu gambar menunjukkan jejaka tersebut meletakkan tangannya di bahu Juliana.

Ha, kalau nak tahu menurut mereka yang aktif di forum CARI, jejaka itu merupakan kerabat diraja Johor dan merupakan sepupu kepada TMJ. Wah betul ke ni?

Tapi apa yang MiG Online tengok, memang tak dinafikan mereka memang kelihatan secocok dan tak silap mereka berdua ni berdarah kacukan,hihi..

MiG Online pasti mereka berdua sedang mengenali hati budi masing-masing sebab itu Juliana belum bersedia untuk memberitahu status hubungan mereka kepada umum.

Apapun, kalau betul jejaka itu kekasih baru Juliana, MiG Online harap mereka berdua ada jodoh bersama. Inshaallah.


“Salahkah Saya Berkawan Dengan Artis Wanita?”– Zizan Razak

$
0
0

Pelakon Zizan Razak sering dikaitkan dengan ramai artis wanita, jika sebelum ini dikaitkan dengan Juliana Evans, Emma Ma’embong dan Vie Shanti namun kini beliau dikatakan bercinta dengan pelakon cantik manis Ummi Nazeera. Hm betul ke ni?

Ha walau bagaimanapun, Zizan tak mudah melatah dan beliau telah menjelaskan perkara sebenar yang terjadi antara mereka.

“Saya dengan Ummi tidak ada apa-apa hubungan melainkan sebagai tunang di dalam Angin Cinta. Itu sahaja. Ketika mula-mula berlakon dengan Ummi, dia agak janggal dan sedikit kekok. Mungkin kerana tidak biasa.”

“Tapi selepas kami mencari keserasian untuk dibawa ke dalam watak, timbullah gosip-gosip seperti itu. Namun, saya dan Ummi tetap berkawan sampai hari ini.”

“Apakah pelakon lelaki tidak boleh keluar dengan pelakon wanita ke hingga boleh timbul gosip-gosip panas? Salahkah kalau saya berkawan dengan artis wanita?” seloroh Zizan kepada Mangga Online.

Selain itu, Zizan juga katanya tak kisah dengan gosip yang melanda dirinya tapi kadang-kadang tu ada gosip yang membuat imejnya tercalar. Apapun MiG Online harap Zizan bertabahlah ye, kami akan sentiasa doakan semoga Zizan dipertemukan jodoh satu hari nanti.

Sumber : Mangga Online



Juliana Evans Akui Sedang Rapat Dengan Seorang Kerabat

$
0
0

Kalau semalam kecoh gosip hangat mengatakan Juliana Evans bercinta dengan kerabat diraja, hari ini Juliana tampil menjelaskan kepada Mangga Online yang dia kini memang rapat dengan jejaka itu.

“Ya, saya akui sedang rapat dengan pemuda itu. Kami masih dalam proses mengenali hati budi. Buat masa ini memang ya dialah pemuda yang dekat dengan saya. Namun maaf saya belum boleh kongsi siapakah namanya”

“Tetapi tumpuan utama saya ialah pada kerja,” jelas Juliana yang tidak cepat melatah apabila perkara tersebut hangat diperkatakan di forum hiburan dan juga laman sosial.

Apapun, MiG Online doakan semoga hubungan Juliana Evans dengan jejaka berkenaan sampai ke jinjang pelamin. Ramai peminat tak sabar nak tengok artis kesayangan mereka ni naik pelamin, hihi..

Sumber : Mangga Online


Radin Pencuri Hati Ayda Jebat?

$
0
0

Semua yang ada ada pada dirimu,
Membuat aku ku aku jatuh cinta,
Come on baby say you love me,
Love me say you love me…

Ha itu antara bait lirik lagu Pencuri Hati oleh Ayda Jebat. Ayda nak suruh siapa say love tu? Hihi..

Okay, sebenarnya apa yang MiG Online nak ceritakan ni ialah mengenai gosip percintaan Ayda Jebat dan Radin ERA FM yang dikatakan sedang hangat bercinta, betul ke?

Lagipun sebelum ni Ayda pernah mengeluarkan kenyataan yang beliau sedang mengenali hati budi seorang penyampai radio, adakah Radin orangnya?

Radin pula pernah mengeluarkan kenyataan yang beliau tak akan menolak sekiranya ada jodoh dengan Ayda Jebat. Namun lain pula di pihak Ayda dimana beliau sekerasnya berkata mereka sekadar teman biasa sahaja. Haih mana satu yang betul ni?

“Bukan! Radin bukan kekasih saya. Perkara ini timbul dalam kalangan peminat saya sebenarnya, lebih tepat apabila Radin mengha­diri majlis sambutan hari lahir saya sebagai pengacara. Kalau ikutkan pada hari tersebut, mereka ada meminta pengacara lain tetapi semua tidak dapat datang, jadi Radin yang hadir.

“Peminat saya ini berbeza sedikit. Mereka tidak kisah saya menjalin hubungan dengan sesiapa pun, mungkin apabila melihat saya dengan lelaki, mereka terus anggap itu adalah kekasih saya. Sebenarnya tidak, itu hanya tanggapan orang.

Hurm, siapa sebenarnya si pencuri hati Ayda Jebat ni kalau bukan Radin? Hihi.. Takpelah, apapun jangan terburu-buru dalam perhubungan cinta dan kalau ada jodoh pun apa salahnya, dua-dua pun kelihatan secocok, tak gitu? Hihi..

Sumber : Beautifulnara


Hafidz Roshdi Maafkan Orang Yang Kutuk Isterinya

$
0
0

Sebelum itu, masih belum terlambat MiG Online ingin ucapkan kepada aktor baru Hafidz Roshdi yang telah pun selamat mendirikan rumahtangga bersama pasangannya Nurul Shuhada pada 30 April baru-baru ini.

Baru saja mendirikan rumah tangga, Hafidz telah diduga dengan komen-komen haters di Instagram yang memberi komen negatif berkenaan rupa paras isterinya.

Apapun, Hafidz tak mudah melatah malah beliau pun sudah memaafkan individu yang mengutuk rupa paras isterinya dan menerima apa segala komen negatif itu dengan hati yang sabar dan terbuka.

“Apa yang penting saya dan isteri bahagia dan bagi mereka yang menghina wajah isteri saya, dia (Nurul Shuhada) menyampaikan salam dan mengucapkan terima kasih atas hinaan tersebut”

“Dia juga tidak terasa hati dan memaafkan siapa yang tidak berpuas hati dengannya, secara tidak langsung perkara ini juga mengajar erti kesabaran kepada kami,” ujarnya seperti yang dipetik di mStar Online.

Selain itu, Hafidz turut berterima kasih kepada beberapa orang artis yang sanggup mempertahankan beliau dan isteri dan menegur sikap warga media sosial yang kurang adab tu.

“Saya berterima kasih kepada rakan artis yang prihatin dan cuba membela saya apabila dikutuk oleh pengguna laman sosial. Tidak apalah, mereka yang kutuk itu beri pahala percuma sahaja pada saya dan isteri,” katanya.

Apapun, MiG Online harap Hafidz dan isteri bersabar okay. Pedulikan dengan semua kutukan, biasalah manusia kutuk macam diri mereka tu terlalu bagus dan cakap ikut sedap mulut saja. Hm…


Saharul Ridzwan Bakal Nikah 16 September ini?

$
0
0

Setelah mengalami episod duka percintaan dengan aktres Mia Ahmad sebelum ini, keluar pula khabar angin mengatakan Saharul Ridzwan bakal menamatkan zaman bujangnya pada 16 September ini.

Wah!!! Betul ke berita ni? Ha, persoalannya siapakah gadis yang berjaya mencuri hati hero Malaya ni?

Melalui sumber di Astro Gempak, gadis bertuah itu bukanlah seorang selebriti tetapi dalam kalangan orang biasa saja. Gadis itu juga khabarnya sudah mengenali Saharul sebelum jejaka berkenaan menjadi pelakon lagi.

Ha, selain itu, majlis perkahwinan pada 16 September nanti dikatakan bakal diraikan di Putrajaya dengan tema warna royal blue. Hurm mesti cantikkan, pasti Saharul kelihatan segak nanti,hihi…

Apapun, berita ni masih belum mempunyai kepastian dari Saharul lagi. Jika benar, MiG Online ucapkan tahniah kepada Saharul dan pasangan. Berita baik janganlah disorok ye, ramai yang tak sabar nak tahu berita ni,hihi.. MiG Online doakan semoga segala yang dirancang berjalan dengan lancar.

Sumber : Beautifulnara


(VIDEO) Kecoh Tudung Punya Hal?

Yazid Search Dimaki “Tua Sakit Nak Mampus”

$
0
0

Hari ini kecoh isu berkenaan pemain dram kumpulan Search, Yazid tampil membuat laporan polis kerana ditengking dan dimaki oleh isteri Amy Search, Norhasniza Hassan hanya kerana Yazid bertanya mengenai bayaran yang sepatutnya diterima ketika terlibat bersama menjayakan Konsert 35 Tahun Search baru-baru ini.


“Saya juga telah menerima panggilan telefon  daripada Norhasniza (isteri kepada Amy) memaki dan menengking kepada saya apabila saya bertanyakan  mengenai bayaran yang sepatutnya saya dapat. Antara makian yang dilemparkan kepada saya seperti – “kau tu dah tua, sakit nak mampus.”

Yazid telah membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju pada petang Rabu lepas (4 Mei 2016) malah beliau juga mendakwa berlakunya pecah amanah kerana tak mendapat bayaran untuk Konsert 35 Tahun dan beberapa lagi persembahan lain.

Malah, Yazid juga turut pergi ke pejabat penganjur Konsert 35 Tahun Search, AF Jet Sdn. Bhd. untuk mendapatkan kepastian tapi agak terkejut apabila beliau mendapat tahu jumlah bayaran sebanyak RM75,000 sudah pun dibayar kepada kumpulan Search pada Disember 2015.

Hm, yang peliknya kenapa Yazid tak mendapat bayaran itu sehingga ke hari ini? Malah, pengurus AF Jet juga berkata pembayaran kepada Yazid diuruskan oleh anggota Search sendiri.

Kesian juga MiG Online atas nasib yang menimpa Yazid, dah la tengah menderita dengan pelbagai penyakit seperti sakit jantung, sakit buah pinggang, kencing manis dan sudah pastilah beliau memerlukan sejumlah wang yang banyak untuk menampung kos rawat dan kos mencuci buah pinggang sebanyak empat kali sehari tu.

Hmm, apapun MiG Online harap nasib Yazid dibela. Biasalah kan bila dah jadi macam ni barulah kita boleh tengok siapa kawan siapa lawan.

Sumber : Astro Gempak


Isu Maki Yazid, Amy Search Adakan Sidang Media Jawab Segalanya

$
0
0

Berkenaan isu Yazid dimaki oleh isteri penyanyi rock terkenal Amy Search, penyanyi itu bakal tampil membuat sidang media dan menjawab segala persoalan berkenaan isu maki dan pecah amanah kumpulan Search itu dalam masa terdekat ini.

Buat masa ini, Amy tak mahu lagi memberi sebarang komen dan hanya akan bercakap pada sidang media nanti.

“Saya minta maaf kerana tidak boleh memberi sebarang kenyataan buat masa ini. Satu sidang akhbar akan diadakan dalam masa terdekat untuk menjawab segala pertuduhan dan pertanyaan yang dilemparkan,” ujarnya.

Ha, jadi sama-samalah kita nantikan sidang media itu. Pasti ramai yang tak sabar nak tahu kesahihan berita ni, harap isu ini dapat diselesaikan.

Sumber : Beautifulnara

 



(Gambar) ABPBH 29 Milik Neelofa

$
0
0

Tahniah kepada pelakon dan pengacara terkenal Neelofa yang dipilih sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 (ABPBH 29) apabila mengungguli undian tertinggi pada majlis tersebut dengan memperoleh 212,829 undi. Kemenangan itu membolehkan Neelofa membawa pulang hadiah berupa sebuah Volkswagen Passat.

Ha selain merangkul gelaran Bintang Paling Popular,  Neelofa juga memenangi anugerah Pengacara TV Popular, kalau nak tahu masuk kali ni dah tahun kedua Neelofa membolot anugerah pengacara TV Popular ni, haih laa bertuah sungguh tuan empunya badan ye,hihi..

Majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang bertema #Respek diserikan dengan persembahan pembukaan oleh Kaka dan Waris.

Persembahan pembukaan begitu memukau dan menaikkan mood penonton malah majlis gilang-gemilang itu turut diacarakan oleh Mira Filzah, Zizan Razak, Haiza dan AG yang telah disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Kool FM.

Manakala Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pula diberikan kepada artis otai kita tak lain tak bukan ialah Fauziah Datuk Ahmad Daud bagi mengiktiraf sumbangan dan jasa beliau yang sudah lebih 30 tahun dalam bidang seni. Lamakan Kak Ogy dalam bidang seni, tahniah MiG Online ucapkan.

Namun sebelum menyampaikan anugerah kepada Kak Ogy, pelawak Ebby Yus, Acong dan Zulin Aziz telah membuat persembahan khas kepada Kak Ogy menerusi lagu ‘Wajah Rahsia Hati’ dan sketsa dari filem Azura. Memang tak kering gusilah MiG Online tengok semalam,hihi…

Selain itu, majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan menarik daripada artis seperti Datuk Jamal Abdillah, Dayang Nurfaizah, Liza Hanim, Ziana Zain, Siti Nordiana dan ramai lagi.

Majlis semalam memang meriah bersesuaian dengan tema #Respek dimana hampir kesemua selebriti yang hadir turut sama menghormati para penonton dengan berpakaian yang tak terlalu seksi. Memang cantik-cantiklah kesemuanya. Apapun tahniah MiG Online ucapkan kepada kesemua pemenang. Jom layan gambar-gambar selebriti di malam ABPBH semalam :

Senarai penuh pemenang ABPBH 29:

Artis Baru Wanita Popular: Mira Filzah
Artis Baharu Lelaki Popular – Sufi
Penyanyi Wanita Popular – Adira
Penyanyi Lelaki Popular – Aizat Amdan
Penyampai Radio Popular – DJ Lin
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular – Wings
Artis Versatil Popular – Ifa Raziah
Artis Komedi Popular – Abam
Pengacara TV Popular – Neelofa
Pelakon TV Wanita Popular – Emma Maembong
Pelakon TV Lelaki Popular – Sharnaaz Ahmad
Pelakon Filem Wanita Popular – Fathia Latiff
Pelakon Filem Lelaki Popular – Sharnaaz Ahmad

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Fauziah Dato’ Ahmad Daud

KATEGORI ONLINE

Personaliti Media Sosial Popular – Lara Alana
Artis Trending Popular – Ayda Jebat
Artis Youtube Popular – Siti Nordiana
Artis Ikon #Respek Popular – Datuk Aznil Nawawi
Artis Aksi Selfie Popular – Saharul Ridzwan

 


Saharul Ridzwan Mengaku Akan Berkahwin

$
0
0

Kalau minggu lepas, kecoh berita keluar berkenaan Saharul Ridzwan bakal menamatkan zaman bujangnya tak lama saja lagi, ramai yang nak kan kepastian gadis mana yang berjaya mencuri hati si jejaka kacak ni???

Menerusi portal Kosmo! Saharul sudah pun mengaku yang beliau memang akan berkahwin dalam masa terdekat ni tapi bilakah tarikhnya beliau akan umumkan nanti.

Saharul berkata, beliau memang dah lama ingin mendirikan rumah tangga sejak pulang dari menunaikan ibadah umrah tahun lalu.

“Saya ada berdoa untuk saya dan juga dirinya (kekasih) di depan Kaabah ketika menunaikan umrah pada bulan Ramadan tahun lalu. Usai balik daripada umrah hati saya terdetik untuk berkahwin pada tahun ini.

“Bagaimanapun tempat dan tarikh perkahwinan masih dalam perancangan. Sebab kita tidak tahu perancangan Allah. Insya-Allah, saya akan beritahu bila tiba masa nanti,” ujar Saharul.

Ha kalau nak tahu, perkenalan Saharul dan gadis berkenaan sudah lama dimana sejak sebelum Saharul aktif dalam dunia hiburan lagi.

“Saya mengenalinya sebelum masuk dalam industri lakonan lagi tetapi hubungan kami terputus di tengah jalan. Kami bertemu semula selepas empat tahun berpisah.

“Ingin saya nyatakan, punca kami berpisah sebelum ini bukan sebab bergaduh tetapi masing-masing belum bersedia. Pada masa sama, saya mahu memiliki rumah dan kereta terlebih dulu sebelum menyara anak orang,” tambahnya.

Saharul kata bakal isteri beliau ni seorang ahli perniagaan. Ha kepada yang sering mengikuti perkembangan beliau mesti dapat agak siapakan? Hihi..

“Dia seorang ahli perniagaan. Orang mana dan umur nanti saya beritahu. Mungkin ada yang dapat meneka siapa orangnya. Saya juga tidak dapat menghalang mereka untuk meneka siapa gerangannya.

Hmm adakah wanita yang bertakhta di hati Saharul itu adalah Deena Amir? Sebabnya wanita berkenaan pun pernah digosipkan bercinta dengan beliau malah Deena Amir juga seorang ahli pernigaan dan pemilik wrap.boutique.house. Apapun kita nantikan jela ye.

 


Fathia Latiff Berterima Kasih Kepada Peminat Yang Mendoakannya

$
0
0

Tahniah MiG Online ucapkan kepada pelakon Fathia Latiff yang baru saja memenangi Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular pada malam kemuncak ABPBH 29 semalam.

Dalam pada itu, Fathia bersyukur diatas kemenangan dan berterima kasih kepada peminat yang tak jemu menegur serta sentiasa mendoakannya untuk bertudung selama ini dan Alhamdulillah kini Fathia sudah pun bertudung.

“Apa yang kita buat ini adalah kerana Allah bukan kerana orang lain. Saya berterima kasih kepada mereka yang menegur saya untuk bertudung. Tapi daripada dulu lagi orang suruh saya pakai tudung cumanya ketika itu saya tak terbuka hati lagi kerana saya buat kerana Allah dan dia akan datang sendiri”

“Lagipun saya bukan terus pakai tudung selama ini, dia datang secara semulajadi apabila berlakon watak saya ada yang bertudung dan bila nak buka tudung rasa segan pula selepas itu. Saya ulang sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih kepada semua peminat yang doakan saya untuk memakai tudung. Itulah doa peminat yang Allah makbulkan,” katanya.

Selain itu, Fathia juga tak berani nak menjelaskan apa-apa lagi berkenaan isu bersentuhan dengan lelaki apabila berlakon sebab katanya sebagai manusia biasa akan ada kesilapan yang akan berlaku kelak.

“Saya tak berani nak cakap soal ini. Kita sebagai manusia kadang-kadang tersalah langkah. Saya takut untuk bercakap sebab di masa depan kita tak tahu apa yang kita buat lagi. Saya cuba untuk jadi yang lebih baik, jadi saya berharap mereka mendoakan saya supaya menjadi muslimah yang baik,” ujarnya.

Sumber : Rotikaya


(50 Gambar) Sekitar Malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29

$
0
0

Tahniah kepada Neelofa yang telah berjaya merangkul gelaran Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 29 dan tahniah juga kepada kesemua pemenang semalam.

Majlis ini telah berlangsung penuh meriah semalam dengan bertemakan #Respek, boleh dikatakan hampir kesemua selebriti yang hadir turut sama menghormati penonton dengan tak memakai pakaian yang terlalu seksi hingga tak menimbulkan kontroversi.

Okay kalau tadi MiG Online dah share pasal sekitar majlis ABPBH 29 ni, so sekarang ni MiG Online nak share pula beberapa lagi gambar eksklusif artis-artis kesayangan korang di Red Carpet ABPBH29.

MiG Online tengok semalam memang cantik-cantik dan kacak-kacak kesemua selebriti yang hadir. Ha ni MiG Online nak tanya sikit, fesyen siapa yang menjadi kesukaan korang? Bolehlah komen sikit, hihi..

Jom kita tengok fesyen selebriti di malam Red Carpet ABPBH29 :

Neelofa

Neelofa

Diana Danielle

Shaheizy Sam dan Sytailla Melvin

Aizat

Sufi

DJ Lin Suria fm

Hanif Safuan

Ippo Hafiz

Siti Nordiana

Syerine

Ifa Raziah

Nadzmi Adhwa

Abam

Anis Al Idrus

Nur Risteena

Kamal Adli

Emma Maembong

Estranged Band

Faizal

Wani Kayrie

Mia Ahmad

Tengku Fiella

Fara Fauzana

Redzuan Hashim

Zarina Zainuddin dan anak

Falisha Crossley

Remy Ishak

Amaris

Waris dan isteri

Siti Nordiana

Dayang Areeda

Amin Idris

Fareez Hazwan

Fauziah Ahmad Daud

Zulin Aziz

Diana Danielle

Ajak Shiro dan isteri

Sherry Al Hadad

Emma Maembong dan Kamal Adli

Khai dan Rosma

Sonaone

Erid Amaro dan Ainan Tasneem

Ifa Raziah

Ahcong dan isteri

 

 


Nora Danish Kahwin Selepas Aidilfitri

$
0
0

Wah! terkejut MiG Online bila dapat tahu yang Nora Danish bakal melangsungkan perkahwinan bersama kekasih hatinya iaitu Nedim Nazri selepas Hari Raya Aidilfitri ni. Akhirnya terjawab juga persoalan bila pasangan sama cantik sama padan ni akan berkahwin, lagipun ramai tak sabar nak tengok pasangan ni disatukan. Hihi.

“Sejak kembali solo beberapa tahun dulu, itulah yang menjadi teka-teki dalam kalangan peminat. Memang awal dulu ia membuat saya tertekan, tetapi apabila sudah bertahun-tahun ditanya soalan sama, ia jadi perkara biasa buat saya”

“Terlanjur berkongsi perancangan berumah tangga dengan Nedim sebelum ini, apapun, kami belum menetapkan bila perkahwinan itu akan diadakan. Tetapi, yang pasti ia akan berlangsung tahun ini juga,” katanya yang meletakkan sasaran majlis diadakan selepas Aidilfitri nanti.
Namun, walaupun Nora seorang pelakon yang berpengaruh dan cukup dikenali beliau khabarnya tak merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan secara secara besar-besaran.

“Ia memang benda baik yang tidak perlu ditangguh-tangguh lagi. Atas dasar itu, saya sendiri cuma mahukan majlis sederhana dan tidak mahu buat gah. Apa yang saya harapkan, majlis itu nanti berlangsung dengan lancar dan dihadiri orang tersayang bagi berkongsi detik indah itu,” jelasnya lagi.

Baguslah macam tu, lagipun Islam pun tak mewajibkan membuat majlis besar-besaran so yang mana wajib tu dahulukan dulu okay. Hm apapun tahniah MiG Online ucapkan kepada Nora Danish dan dan pasangan. Semoga segala persiapan berjalan dengan lancar.

Sumber : Rotikaya


Viewing all 280 articles
Browse latest View live