Quantcast
Channel: metrowealthpictures.net
Viewing all 280 articles
Browse latest View live

Putri Sara Sefhia nama anak Elly Mazlein

$
0
0

Baru-baru ni Elly Mazlein baru saja melahirkan anak perempuan pada 9 Mac lepas. Elly Mazlein juga khabarnya sudah berkongsi nama anaknya itu kepada umum.

Apa nama anaknya? Ha kalau nak tahu nama anak Elly ialah Putri Sara Sefhia. Amboi sedap sungguh nama anak Elly ye. Apa maksudnya? Ha kita tunggu Elly bagitahu satu masa nanti ye.

Namun, nama anaknya sudahpun didedahkan tapi wajah penuh Putri Sara Sefhia belum didedahkan oleh Elly kepada umum.

Apapun, kita tunggu jela. Mungkin dah tiba masanya nanti, Elly akan dedahkan wajah anaknya itu. Tak sabar pula nak lihat wajah Putri Sara Sefhia. Mesti comel dan cantik macam mummy nya kan.



26 Hari Tayangan Munafik Berjaya Meraih RM17 Juta

$
0
0

Tahniah MiG Online ucapkan kepada pengarah tersohor Malaysia, Syamsul Yusof diatas kejayaan filem arahannya yang berkonsepkan dakwah dan elemen seram iaitu Munafik yang berjaya meraih RM17 juta dalam masa 26 hari tayangan di pawagam.

Berita ini telah dikongsikan oleh pengarah muda itu yang juga merupakan anak kepada Datuk Yusuf Haslam menerusi laman sosial akaun Facebooknya.

“Dengan izin Allah, filem kerdilku Munafik telah PECAH REKOD perfileman Malaysia, Singapura dan Brunei. Alhamdulillah masih hangat di pawagam sekarang, ada lagi dua minggu di pawagam.

“Munafik – 17 juta (26 hari tayangan), Polis Evo – 17 Juta (60 hari tayangan) dan Ola Bola – 16 juta (39 hari tayangan).

“Akhirnya termakbul doa, jauh di sudut hati ingin sekali aku melihat filem Islamik Dakwah yang dilihat sebagai antara filem berjaya di Malaysia. Jangan sesekali kita was-was dengan kuasa Tuhan. Allah Maha Mendengar dan juga rintihan semua hamba. Menangislah wahai mata untuk Tuhanmu!

“Yakinlah dengan doa hamba pada Tuhan di mana sahaja terutamanya di bumi penuh barakah dilimpahi rahmat ini. Mekah di hadapan kaabah juga raudah Madinah. Semoga kejayaan ini membuatkan hati kita semua semakin kuat iman mahupun takwa dan jagalah hubungan dengan Tuhan. Semoga Allah reda dengan kejayaan ini. Takbir,” tulis Syamsul di status Facebooknya.

Alhamdulillah, tahniah sekali lagi diucapkan kepada Syamsul dan seluruh krew Skop Productions. Kini, Syamsul sedang mengerjakan ibadah umrah bersama isteri tercinta. MiG Online doakan semoga Syamsul dan isteri mendapat umrah yang mabrur.

Sumber : Facebook Syamsul Yusof


Kehilangan Kereta, Remy Ishak Belum Mendapat Berita Positif

$
0
0

Pelakon Remy Ishak yang dikatakan kehilangan keretanya baru-baru ini, masih belum mendapat perkhabaran positif walaupun sudah seminggu kejadian itu berlaku.

Remy katanya sudahpun menerima beberapa maklumat daripada orang ramai yang disalurkan kepada pembantu peribadinya dan ianya sudah pun dimaklumkan kepada polis.

“Setakat ini masih belum ada apa-apa perkembangan lagi dan saya berterima kasih kepada orang ramai yang cuba membantu saya dalam mencari kereta tersebut,” ujarnya kepada mStar Online pada Selasa.

Remy juga terasa ralat kerana barang-barang berharga miliknya seperti pakaian, kasut berjenama dan alat elektronik yang ditinggalkan dalam kereta itu juga lesap.

Kereta Mitsubishi Triton Remy Ishak masih belum ditemui (Gambar Hiasan).

Hm bersimpati MiG Online bila mendapat tahu berita malang yang menimpa Remy ni. Harap Remy bersabar ye, InshaAllah mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi.

Sekali lagi MiG Online nak pesan, kepada sesiapa yang ternampak atau terjumpa kereta jenis Mitsubishi Triton warna hitam bernombor pendaftaran WSB 7332 milik Remy ni bolehlah laporkan di balai polis berdekatan.

Sumber : mStar

 


(Gambar) Nora Danish & Keluarga Bercuti Di Iceland

$
0
0

Seronok MiG Online tengok gambar-gambar percutian Nora Danish di Iceland bersama keluarga tercinta yang dikongsikannya di Instagram miliknya.

Lebih seronok apabila percutiannya kali ini disertai juga oleh anak kesayangannya Rayqal dan kekasih hati Nedim Nazri.

Apapun, selamat bercuti MiG Online ucapkan kepada Nora Danish, jaga diri dan kesihatan juga ye. Sebelum tu jom kita layan gambar-gambar percutian Nora Danish dan pemandangan indah di Iceland.

Sumber : Instagram Nora Danish

 

 

 


Sha & Shah Raya Beraya Bersama Tahun Ini?

$
0
0

Semalam telah berlangsungnya Majlis Doa Selamat Sha & Shah Raya. Ha pasni mesti ramai tak sabar nak tengok Sha & Shah beraya bersama pulak kan? hihi..

Sha & Shah pun pernah meletup sebelum ni dan menjadi rating tertinggi so MiG Online pasti mesti ramai tak sabar nak tonton versi raya ni pulak kan?Hihi..

Pada masa sama MiG Online sempat temubual Syatilla Melvin, adakah beliau sudah sedia untuk menimang cahaya mata. Ha katanya sudah dan tak kisah jika dikurniakan anak di awal usia perkahwinan ni. Baguslah camtu.

“Kami tidak merancang, sebaliknya tidak kisah andai dikurniakan rezeki cahaya mata dalam tempoh terdekat. Suami juga begitu, dia percaya kehadiran anak akan memeriahkan lagi keluarga dan menambahkan rezeki. Namun, semua itu rezeki daripada Allah, kami hanya boleh menunggu sahaja,” ujar Syatilla.

Namun menurut Syatilla, soal anak ini semua ditangan Allah SWT. Tak kisah cepat atau lambat itu semua ketentuanNya. Apapun, MiG Online doakan kebahagiaan Syatilla dan Sam semoga cepat dikurniakan cahaya mata juga.

Kepada semua yang tak sabar nak tengok Sha & Shah Raya ni nantikan kemunculannya pada raya tahun ini. Tengok sambil makan lemang pun sedap ni,hihi… Sebelum tu jom kita tengok video dan gambar sekitar doa selamat semalam ;


(Video) Penyanyi Dangdut Maut Dipatuk Ular Ketika Membuat Persembahan

$
0
0

Takziah MiG Online ucapkan kepada ahli keluarga kepada penyanyi dangdut Indonesia, Irmawaty atau Irma Bule yang maut akibat dipatuk ular ketika mengadakan persembahan tarian dangdut bersama ular di Kabupaten Karawang, Jakarta Barat pada minggu lalu.

Menurut sumber, penyanyi itu sedang menyanyi lagu keduanya apabila dia secara tak sengaja terpijak ekor ular senduk yang sering dibawanya ketika membuat persembahan namun ular itu kemudian mematuk pahanya.

Seorang bomoh sudah mahu mengubati beliau tapi Irma enggan diubati dan mahu meneruskan persembahan sehingga habis.

Rakan Irma, Ferlando Octavian Auzora berkata, selesai saja persembahan Irma masih boleh berbual-bual dengan rakan dan tetap enggan menerima sebarang rawatan.

Hmm namun malang tak berbau, sejam selepas itu, Irma mula muntah-muntah dan tubuhnya menjadi kejang dan dia dikejarkan ke hospital untuk rawatan kecemasan namun disahkan meninggal dunia dua jam kemudian.

Apapun sekali lagi, takziah MiG Online ucapkan dan semoga roh Irma tenang disana hendaknya.


Fakta Tentang P. Ramlee

$
0
0

Mengimbau kembali sejarah seniman negara, Tan Sri P. Ramlee semasa hayatnya masih ada. Hm ada kisah yang mengatakan bahawa Allahyarham miskin ketika di akhir kehidupannya dan meninggal dunia dalam serba kedaifan pada 29 Mei 1973. . Mari kita rungkaikan kisah beliau ;

Sejak Tan Sri P. Ramlee berpindah ke Kuala Lumpur, beliau dikatakan telah dipulau oleh industri dan filemnya tak mendapat sambutan dek kerana zaman kegemilangannya yang sudah mati.

Menurut sumber dari Utusan, mereka telah bertemu dengan seniman negara, Datuk Dr. Ahmad Nawab untuk mendapatkan kesahihan fakta berkenaan P. Ramlee memandangkan beliau adalah antara teman rapat P. Ramlee.

“Banyak cerita tentang P. Ramlee adalah tidak benar sama sekali. Saya kecewa kerana ia telah menjadi rujukan banyak orang pada hari ini. Saya mahu apa yang tidak betul itu ditulis semula oleh wartawan seperti kamu,” kata Ahmad Nawab kepada penulis, sebelum menyatakan kesediaannya untuk berkongsi cerita dari sudut pandangan peribadinya.

Ha kalau nak tahu sejak P. Ramlee berpindah ke Jalan Ampas, Singapura pada 1964, Ahmad Nawab la orang pertama yang dicari untuk membantu perkembangan kerjayanya di Kuala Lumpur. Ha disitu pun kita dah dapat tahu mereka ni memang sahabat.

“Sejak dia berhijrah ke Kuala Lumpur, sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhirnya, kami berkawan rapat. Sepanjang perkenalan itu, banyak hal yang berlaku antara kami. Saya sama sekali tidak bersetuju dengan cerita mengatakan P. Ramlee berada dalam keadaan susah pada saat-saat kematiannya. Kenyataan bahawa seniman itu miskin dan melarat di akhir hayatnya memang sesuatu yang tidak logik sama sekali,” katanya, berterus terang.

So, dibawah ni MiG Online nak kumpulkan serba sikit fakta mengenai P. Ramlee yang sering disalah tafsirkan oleh netizen kini:

  1. P. Ramlee satu-satunya seniman yang dibayar gaji secara bulanan oleh Shaw Brothers sepanjang perkhidmatannya.
  2. Bayaran gaji yang diterima oleh P. Ramlee sebanyak RM25,000 setiap bulan dan bukannya pembayaran mengikut filem seperti penggiat seni yang lain.
  3. P. Ramlee berhenti dari Merdeka Studio dan mengambil keputusan untuk membuat filem dan studio sendiri.
  4. Hasrat P. Ramlee untuk menubuhkan Rumpun Melayu Filem ketika itu gagal dan akhirnya kembali ke Merdeka Studio untuk menghasilkan filem  Air Mata Di Kuala Lumpur tetapi beliau terlebih dahulu dipanggil Ilahi.
  5. Sewa rumah yang diduduki P.Ramlee di Jalan Dedap, Taman P Ramlee, Kuala Lumpur itu pun sebenarnya dibayar oleh Shaw Brothers melalui syarikat miliknya juga iaitu Merdeka Studio.
  6. P. Ramlee banyak membantu orang yang memerlukan kerana telah ramai yang datang ke rumah seniman untuk meminta bantuan kewangan terutamanya yang mahu pulang ke Pulau Pinang yang juga tanah kelahirannya, pasti akan dibantu.
  7. Sewaktu P.Ramlee menghembuskan nafas terakhir, Saloma memegang sebuah fail yang ada polisi insuran yang bernilai RM100,000. Ketika itu, wang sejumlah itu bukanlah kecil.
  8. Mengimbas ke tahun 1964, tahun P. Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur, jelas Ahmad Nawab, punca sebenar ada kaitan dengan komplot daripada artis Singapura sendiri untuk menjatuhkan seniman itu.

Kelamnya zaman kegemilangan P.Ramlee kata Ahmad Nawab, sebenarnya bukanlah kerana diboikot tetapi kerana kekangan yang dihadapi untuk berkarya.

Malah, P.Ramlee pernah termenung jauh dan terpacul satu ayat yang masih diingati Ahmad Nawab sehingga kini: “Adakah akan ada orang yang mengingati aku nanti?”

Ayat tersebut diungkap dengan loghat bahasa Pulau Pinang yang membuat Ahmad Nawab sendiri tertanya-tanya, pelik.

“Saya tidak tahu apa sebab dia cakap demikian, tetapi saya balas kepadanya, sudah pasti masyarakat akan kenang segala jasanya,” katanya.

Baginya, sesuatu yang menjadi kebiasaan bila seseorang itu masih hidup langsung tidak dihirau tetapi mula dikenang selepas hayatnya tiada.

“Sehingga setakat ini, belum ada lagi seorang yang mampu untuk menjadi seperti mana P.Ramlee dalam industri seni,” Ujar Ahmad Nawab.

Ya, betul tu! Apapun, MiG Online nasihatkan janganlah kita bersangka buruk lebih-lebih lagi Allahyarham telah pun kembali ke Rahmatullah apa yang pasti kita doakan semoga roh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Sumber : Utusan Online


Nora Danish Selesa Dengan OPPO

$
0
0

Tadi telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Telefon Pintar Terbaru OPPO di Sunway Pyramid dan turut bersama pada majlis itu tak lain tak bukan ialah Duta OPPO sendiri iaitu si cantik Nora Danish.

Memandangkan Nora Danish memang dikenali sebagai ratu selfie so no wonder la beliau masih dipilih sebagai Duta OPPO.

Ha sesuai sangatlah dengan telefon pintar terbaru OPPO ni dimana ianya mempunyai keistimewaan kamera depan 16 megapixels yang berkualiti tinggi. Wah! makin seronoklah nak selfie,hihi…

“Nora begitu sukakan jenama telefon pintar OPPO ni memandangkan reka bentuknya pun menarik dan nipis, berkualiti, mempunyai warna yang cantik so memang overall okay sangat, Nora selesa dengannya” ujar Nora Danish.

Ditanya berkenaan perkembangan terbaru Nora Danish, katanya beliau sekarang sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah filem yang berkisarkan wanita kanser dan ia adalah untuk memotivasikan wanita yang menghidap kanser.

Pada masa sama, MiG Online juga sempat bertanya pada Nora Danish adakah beliau sudah mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga. Ha ini jawabnya :

“Benda yang baik tak akan nak lama-lamakan…InsyaAllah kalau jodoh tu berpanjangan, dengan izinNya, benda itu akan jadi, nak dekat nanti baru Nora akan bagitahu, Nora nak cakap pun benda pun belum plan lagi,” katanya.

Apapun MiG Online dan semua peminat Nora Danish tetap akan mendoakan kebahagiaan Nora dan semoga Nora dan pasangan cepat-cepat mendirikan rumah tangga ya! Hihi…



Tahniah Rebecca Diatas Kehamilan Kali Keempat

$
0
0

Tahniah MiG Online ucapkan kepada Rebecca Nur Islam dan suami kerana bakal menimang cahaya mata keempat tidak lama lagi. Murah betul rezeki pasangan ni kan, syukur Alhamdulillah.

Rebecca yang kini mempunyai 3 anak iaitu Nor Adam Daniel, 7, Nor Anggun Raverra, 4, dan Nor Anggerik Renesmee, 3 tahun.

Kalau nak tahu kesemua mereka ni telah dilahirkan secara pembedahan, jadinya kemungkinan juga anak beliau yang bakal dilahirkan adalah yang terakhir buat pasangan ini.

Rebecca yang mempunyai 5 orang pembantu untuk menolongnya hal-hal rumah dan anak-anak mengimpikan anak kembar untuk kehamilan kali ini. Ujar Rebecca ;

“Selain tiga anak saya, dua anak tiri pun duduk sama dengan saya juga. Jadi total anak-anak semua ada lima. Tambah yang bakal lahir nanti, jadi enam orang semuanya. Saya tak kisah anak ramai. Anak ramai best, meriah rumah, nanti bila dah tua, boleh masing-masing tukar-tukar jaga kita kan? Kesemua anak saya lahir secara pembedahan, jadi jika anak yang terakhir nanti, harapan saya nak anak kembar. InsyaAllah.

“Sebelum ini saya mempunyai seorang sahaja pembantu rumah, tapi sebab nak pindah rumah baru nanti, sekarang saya ada lima orang pembantu. Walaupun saya mempunyai lima orang pembantu namun saya tak harapkan dan percayakan pembantu 100%. Anak-anak masih saya yang siapkan. Pembantu cuma membantu sikit-sikit sahaja. Yang penting sekarang cara macam mana kita bersabar, menyayangi, menjaga dan melayan anak-anak.”

Wah bagusnya suami Rebecca kan menyediakan 5 orang pembantu kepada isterinya. Bertuah tuan empunya badan,hihi… Takde lah Rebecca stress mana nak jaga anak lagi mana nak kerja lagi kan.

Apapun, MiG Online doakan semoga semuanya selamat untuk Rebecca. Semoga mendapat anak kembar yang comel-comel seperti yang diimpikan. InsyaAllah.


Nora Danish Hanya Mahukan Majlis Perkahwinan Sederhana

$
0
0

Tak sabarnya MiG Online nak tengok pelakon dan model cantik manis Nora Danish mendirikan rumah tangga bersama kekasih hatinya, Nedim Nazri kan?Hihi…

Malah tak kurang juga yang tak sabar nak tengok majlis perkahwinan pasangan ni, mesti gahkan? Tambah pula dengan Nedim tu anak kepada seorang menteri.

Ha namun, Nora dalam kenyataan beliau kepada Utusan Online, beliau hanya mahukan majlis raja sehari kali ini berlangsung secara sederhana sahaja.

“Memang nampak seperti akan berkahwin tahun ini, tetapi saya belum ada perancangan sebenarnya. Bukan apa, kalau mahu buat majlis pun tidak akan buat secara besar-besaran.

“Jadi, majlis begini tidak akan mengambil masa untuk dirancang. Jangan risau, sudah saya aturkan dengan baik. Jika ada rezeki ke arah itu saya akan kongsikan dengan semua nanti,” ujarnya.

Setelah lapan tahun Nora bergelar ibu tunggal, tidak dinafikan bahawa beliau agak selesa hidup sendirian. Walaubagaimanapun, beliau sedar sebagai seorang wanita beliau memerlukan teman disisi.

Tambah Nora, biarlah kali ini beliau berkahwin kerana Allah SWT dan bukan demi cinta semata-mata.

“Cinta memang cinta, tetapi paling penting dalam perkahwinan adalah untuk menghalalkan sebuah hubungan. Itu yang saya cari. Nedim juga memang seorang lelaki yang baik. Saya tidak nafikan pandangan orang lain terhadap dia, namun dia sebenarnya mempunyai ciri-ciri yang dicari,” tambah Nora.

MiG Online doakan segala perancangan perkahwinan Nora Danish berjalan dengan lancar. Peminat Nora tak sabar nak tengok pasangan ni naik pelamin lagipun. Cepat-cepatlah ye! Hihi…

Sumber : Beautifulnara


Mira Filzah Ada Kekasih?

$
0
0

Tengok headline tu pasti ramai jejaka di luar sana yang kecewa kan? Hihi… Mira Filzah dah ada kekasih hati, betul ke?

Menerusi ruangan Cik Pang di Harian Metro, Mira Filzah akui yang beliau sebelum ni memang pernah bercinta dengan seorang jejaka semasa di universiti dulu tapi hubungan retak atas sebab teman lelakinya menyambung pelajaran ke luar negara.

Tapi agak hairanlah sebab sebelum ni Mira pernah kata yang dia tak pernah mempunyai teman istimewa. Mungkin Mira belum bersedia berkongsi apa-apa ceritakan.

Malah apabila ditanya adakah Mira tak sunyi hidup bersendirian jawabnya adalah tidak sebab sekarang pun beliau asyik sibuk dengan kerja serta jadual yang padat. So, tak hairanlah Mira masih single.

Tak kisah la apa pun status Mira sekarang, harapnya lelaki yang bakal menjadi teman hidup Mira nanti ikhlas sayangkan Mira kerana diri Mira sendiri dan bukan kerana populariti sebagai seorang artis.

Sumber :Beautifulnara


Shahrol (Shiro) Guna Anak Uji Keikhlasan Isteri

$
0
0

Rasanya belum terlambat untuk MiG Online ucapkan tahniah kepada pelawak Shahrol (Shiro) yang baru saja mendirikan rumah tangga buat kali kedua pada 18 Mac lalu.

Setelah gagal bertahan untuk perkahwinan pertama Shahrol kini sah menjadi suami kepada Nor Farhanan Syamimi.

Ha kalau nak tahu Shahrol menggunakan anak lelakinya, Muhd Adam Danish untuk menguji keikhlasan hati isterinya sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

“Antara perkara yang saya uji dia adalah anak saya menerusi perkahwinan terdahulu dan Alhamdulillah keserasian mereka cukup baik dan ia melegakan hati saya.

“Malah anak saya cukup rapat dengannya dan memanggilnya mama,” kata Shahrol.

Shahrol juga katanya begitu selesa dengan Nor Farhanan dan ia telah mengubah persepsinya selepas mengenali wanita itu hampir 2 tahun.

“Jika diikutkan kami tidak pernah isytihar kami adalah pasangan kekasih tetapi sepanjang tempoh berkenalan saya selesa dengannya selain dia dapat menerima anak saya dengan baik.

“Saya tidak melamarnya tetapi kami secara spontan bercakap soal kahwin dan mula membuat persiapan dalam waktu singkat.

“Alhamdulillah perancangan yang diatur berjalan lancar dan seperti pasangan lain saya berharap ikatan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat,” ujarnya.

Shahrol juga sedang merancang membawa isterinya ke Jepun untuk berbulan madu dan tak kisah jika dikurniakan rezeki mendapat anak dalam masa terdekat ni.

Ha, baguslah begitu. Apapun MiG Online doakan semoga perkahwinan Shahrol kali ini kekal hingga Jannah dan dikurniakan anak yang comel-comel.


Mael XPDC Mengaku Tak Bersalah Miliki Dadah

$
0
0

Mael XPDC atau nama sebenar Syed Ismail Syed Ibrahim mengaku tak bersalah atas dua tuduhan memiliki dadah jenis heroin seberat 0.46 gram dan monoacetylmorphines seberat 0.06 gram.

Menerusi BH Online, Mael membuat pengakuan itu sebaik saja kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab.

Dua lagi rakan Mael iaitu Hafiszudin Mokhtar dan Razali Shapie,  turut membuat pengakuan tidak bersalah, manakala seorang lagi rakan mereka, Chairil Anwar Yaacob, mengaku bersalah.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan terhadap Chairil Anwar aats tuduhan pertama dan 9 bulan bagi pertuduhan kedua dengan kedua-dua hukuman dijalankan serentak.

Ketiga-tiga tertuduh diperintahkan menjelaskan wang jaminan RM8,500 setiap seorang dan 3 Mei ini ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes,.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber : Rotikaya


Redha Diatas Keguguran Yang Berlaku – Sharifah Sakinah

$
0
0

Sharifah Sakinah yang baru saja mengalami keguguran baru-baru ini tak mahu terus berduka dan beliau redha dengan ketentuan takdir belum rezeki untuk beliau dan suami bergelar ibu bapa.

Khabarnya Sakinah juga tak menyesal menolak semua tawaran lakonan demi untuk menjaga kandungannya sebelum ini.

“Saya tolak semua tawaran lakonan kerana ingin berehat dan memastikan kandungan saya berada dalam keadaan baik namun saya mengalami keguguran dan bukan rezeki saya dan suami. Ia ujian kecil buat kami suami-isteri dan saya yakin kejadian itu pasti ada hikmah disebaliknya.

Selain itu, ramai juga di antara netizen kritik dengan sikap Sakinah menaiki kapal terbang untuk mengerjakan umrah sedangkan di peringkat awal kehamilan tidak boleh menaiki kapal terbang.

“Saya tidak tahu pada awal kandungan tidak boleh menaiki kapal terbang dan ketika itu juga saya tidak tahu diri sedang hamil tetapi apa-apa pun ia bukan rezeki saya dan suami. Insya-Allah kalau ada rezeki lagi untuk hamil dalam masa terdekat saya tidak menolak.

Malah Sakinah dan suami juga merancang untuk mendapatkan anak selepas dua tahun berkahwin dan mereka akui agak terkejut dan begitu gembira apabila disahkan hamil dalam waktu yang singkat.

“Kami sebenarnya masih dalam fasa bulan madu dan merancang ingin memiliki cahaya mata selepas dua tahun berkahwin. Alhamdulillah biarpun sekejap perasaan apabila mendapat tahu saya hamil hanya Allah yang tahu,” ujarnya.

Hm agak sedih jugak la kan bila tahu kandungan yang dikandung mengalami keguguran.

MiG Online harap Sakinah dan suami tabah okay, bak kata Sakinah mungkin ada hikmah disebaliknya lagipun Sakinah masih muda so banyak masa lagi untuk dapatkan cahaya mata.

Sumber :Beautifulnara


“Jangan Campuradukkan Kerja Dengan Hal Peribadi” -Uqasha Senrose

$
0
0

Sering berbalas kenyataan di media sosial, pelakon yang menjadi pasangan dalam drama Tundukkan Playboy Itu Uqasha Senrose dan Hafidz Roshdi cukup menarik perhatian umum malah ada yang kata mereka ni macam sengaja mencari publisiti murahan. Hm…

Namun, Uqasha ada menjelaskan yang beliau juga tidak tahu bagaimana mereka boleh bergaduh sehingga tahap yang agak serius ni sedangkan semasa di set penggambaran mereka tak mempunyai sebarang masalah.

Malah, Uqasha juga menasihatkan Hafidz agar tak mencampuradukkan kerja beliau dengan hal peribadi.

Selain itu, Hafidz juga perlulah menasihati tunangnya supaya tak terlalu cemburu dan memahami kerjaya Hafidz sebagai seorang pelakon.

“Hubungan kami baik-baik sahaja. Cuma itulah, saya pun tidak pasti bagaimana isu ini boleh timbul.

“Saya mengharapkan dia profesional dalam kerjayanya. Jangan mencampuradukkan hal peribadi dan kerja. Sebagai seorang lelaki, dia perlu menasihati tunangnya agar memahami kerjayanya sebagai pelakon. Itu yang utama.

“Hafidz merupakan seorang pelakon lelaki yang sedang meningkat naik dan selepas ini, lebih ramai pelakon wanita yang akan digandingkan dengannya, takkan semua pun tunang dia hendak cemburu. Susah nanti,” ujar Uqasha.

Uqasha juga katanya tak mahu memanjangkan perkara ini dan tak kisah jika ditawarkan lagi berlakon bersama Hafidz pada masa depan.

Sumber : Beautifulnara



“Kenapa Saya Jadi Mangsa?” -Janna Nick

$
0
0

Sejak memenangi anugerah Aktres Pilihan di DFKL2016, aktres Janna Nick sering terpalit dengan pelbagai gosip hangat dunia hiburan.

Sebelum ini beliau didakwa berlagak diva dan meghasut penerbit namun kini Janna dikatakan besar kepala dan tak kotakan janji yang sudah dibuat untuk menghadiri sebuah program di Astro.

Bagi Janna beliau rasa begitu teraniaya dan kecewa dengan tuduhan itu dan merasakan dirinya teraniaya.

“Saya diminta menggantikan seorang tetamu yang tidak dapat hadir ke sebuah program pada saat akhir, namun menolak secara baik kerana jadual kerja yang padat. Pembantu pengarah tidak membenarkan saya menjayakan rancangan itu kerana terbabit dengan 35 babak untuk drama.

“Namun, mereka berkeras ingin menampilkan saya dalam program mereka dan datang ke lokasi untuk merakamkan rancangan berkenaan. Sejujurnya saya terkilan apabila timbul gosip sebegini kerana saya memberi pertolongan kepada pihak terbabit.

Janna nampaknya agak kecewa dan tertanya-tanya kenapa beliau yang mesti jadi mangsa keadaan sedangkan beliau hanya mengikut jadual kerja seperti yang ditetapkan oleh pihak produksi.

“Biarlah saya tidak memenangi apa-apa anugerah lagi selepas ini asalkan dapat mencari rezeki dengan tenang. Saya hanya menginginkan ketenangan dalam mencari rezeki buat keluarga dan tidak mahu dikaitkan dengan cerita negatif lagi. Gosip baharu yang timbul ini sememangnya mencalarkan imej saya sebagai pelakon,” jelas Janna.

Apapun kepada Janna, MiG Online harap Janna sabar dengan kerenah dunia hiburan ni. Jadikan semua itu sebagai pengalaman dan sebagai kekuatan untuk menjadi seorang pelakon yang lebih hebat di masa akan datang.

Sumber : beautifulnara

 


Tauke Jambu Syukur Ramai Taja Perkahwinannya Nanti

$
0
0

Ramai yang tahu pelakon dan pelawak terkenal Tauke Jambu sudahpun bertunang namun beliau masih belum menetapkan tarikh perkahwinan dan beliau agak terkejut banyak pihak tampil memberikan tajaan pada majlis perkahwinannya nanti.

“Saya sebenarnya terkejut apabila ramai pihak yang ingin menaja perkahwinan kami kerana tiada sebarang tarikh ditetapkan lagi. Bagaimanapun saya bersyukur kerana dimurahkan rezeki tetapi masih belum membuat sebarang keputusan berhubung tajaan diterima,” jelasnya kepada mStar Online.

screen20shot202016-04-2120at2012-35-4820pm_zps3vfiu3ex1

Alhamdulillah, okay la tu ramai yang nak taja majlis perkahwinan Tauke, murah rezeki. Selain tu, Tauke juga menjelaskan yang beliau akan mengadakan majlis secara besar-besaran bagi menjemput semua ahli keluarga, kenalan, rakan artis dan media selain tak mahu sesiapa pun ada yang berkecil hati.

Apa pun, MiG Online harap semoga segala persiapan untuk majlis pernikahan dan majlis resepsi Tauke dapat berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan.

Sumber : rotikaya


“Berserah Kepada Rezeki Allah” -Puteri Sarah

$
0
0

Sejak mengalami keguguran pada tahun 2014, Puteri Sarah dan suaminya Syamsul Yusof tak pernah berputus asa untuk mendapatkan cahaya mata mereka sendiri.

Namun, Puteri Sarah redha hal ini bergantung kepada rezeki Allah dan mereka sentiasa bersabar menantikan detik untuk bergelar ibu dan bapa. Malah Puteri Sarah juga bersyukur kerana keluarga beliau dan mentua faham dan tak memberi tekanan.

 

“Kami sentiasa berusaha ke arah itu. Siapa yang tidak mahukan anak, cuma dalam perkara ini ia bergantung kepada rezeki. Jadi, saya dan suami kena sentiasa sabar.

“Kami juga belum terdesak nak memiliki anak. Bukan apa, saya percaya aturan Allah SWT itu lebih baik. Kalau bukan sekarang mungkin tahun depan. Apa-apa pun jangan berhenti daripada terus berdoa.

MiG Online pun suka tengok pasangan ni walaupun dah 2 tahun mendirikan rumah tangga namun mereka tetap nampak sweet. Hihi. tengok sajalah di Instagram Puteri Sarah gambar mereka yang dimuat naik tu ha, sweet je.

“Saya selalu cakap kepada suami, selepas berkahwin tidak mahu menjadi pasangan yang bosan. Macam mana yang dilalukan ketika bercinta dulu, sama juga selepas kahwin. Sebagai contoh, apabila kami ada kerja di luar dan tidak bersama, kami saling menghantar mesej. Seboleh-bolehnya kami tidak mahu memadam terus momen bercinta itu. Ibaratnya, setiap hari adalah bercinta.

“Kalau boleh setiap tahun mahu bercuti sama ada di dalam atau luar negara. Bagi saya, perkara itu dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

“Selain itu, setiap tarikh penting ‘dalam hidup kami perlu diraikan’. Syamsul pun tidak kisah, malah dia boleh layan dan terima. Sehinggakan dia selalu cakap, dalam diri saya ini penuh dengan kasih sayang dan sikap ambil berat. Sebab itu, dia sebagai suami cuba untuk memenuhi setiap permintaan saya,”ujar Puteri Sarah.

Apapun, MiG Online doakan agar Puteri Sarah dan Syamsul Yusof kekal bahagia hingga Jannah dan dikurniakan rezeki cahaya mata satu hari nanti. InshAllah.

Sumber : beautifulnara

 

 


Tony Eusoff Dipenjara 8 Bulan Kes Dadah

$
0
0

Mahkamah Singapura hari ini menjatuhkan hukuman penjara 8 bulan kepada pelakon dan pengacara, Tony Eusoff atas tuduhan memiliki dadah. Beliau dihadapkan ke mahkamah pada 31 Mac lepas dan didakwa memiliki dadah terkawal Kelas A di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.

Beberapa rakan artis turut hadir ke mahkamah bagi memberikan sokongan moral kepada Tony.

Pelakon itu dipercayai memiliki satu peket mengandungi tidak kurang daripada 4.56g bahan sayuran yang telah dianalisis dan didapati mengandungi kesan ganja.

Tony ditahan di balai ketibaan bas penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Pusat Pemeriksaan Tuas, Singapura.

Sumber : mStar


“Tua Sangat Ke Saya Ni,Orang Asyik Tanya Bila Nak Kahwin” -Izara Aishah

$
0
0

Ramai yang tahu aktres cantik Izara Aishah memang sedang hangat bercinta dengan anak tiri kepada Dato Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid. Lagipun memang ramai yang suka tengok pasangan ni, nampak sepadan bersamakan? Hihi..

Tak kurang juga ramai di antara peminat mereka ni  yang tak sabar nak tengok pasangan sweet ni mendirikan rumah tangga.

Hm namun apabila ditanya mengenai hubungan dengan Adib, Izara menjelaskan beliau sebenarnya sudah bosan menjawab soalan berkaitan percintaan dan beliau belum merancang untuk ke fasa perkahwinan.

“Sebenarnya saya okey sahaja untuk jawab fasal cinta. Tapi saya rasa macam bosan sebab asyik jawab benda yang sama sahaja.

“Untuk pengetahuan semua, kisahnya masih sama dan tidak ada apa-apa perubahan dari dulu sampai sekarang. Sampai satu masa nanti, bila kisahnya berbeza Izara sendiri yang akan beritahu kepada umum. Masanya akan tiba. Tunggulah dulu.

Selain itu, Izara juga mempersoalkan adakah beliau sudah terlalu tua sampaikan ada yang tak putus bertanya bila agaknya beliau akan berkahwin.

“Saya ini dah tua sangat ke hingga orang asyik tanya bila nak kahwin? Saya baru 24 tahun. Orang asyik tanya sahaja tentang kahwin sejak dari umur 17 tahun.

“Apa yang saya minta, kalau boleh janganlah tanya soalan berkaitan cinta pada Izara lagi,” jelasnya.

Haih sabar jelah Izara, mungkin sebab ramai yang tak sabar nak tengok Izara dan Adib bersanding kot,hihi… Lagipun memandangkan Izara dan Adib pun memang bercinta, apa salahnya teruskan ke fasa yang lebih serius.


Viewing all 280 articles
Browse latest View live