Baru-baru ini heboh mengatakan pelakon Siti Saleha sudah mendedahkan cinta beliau bersama dengan seorang jejaka Melayu apabila beliau telah memuat naik gambar mereka berdua di Instagram.
Malah, ada yang berkata Siti Saleha telah pun dilamar ketika mereka berdua bercuti di Cancun, Mexico dan pada masa yang sama menghadiri perkahwinan rakan mereka disana.
Namun, akhirnya segala spekulasi terjawab dimana Siti Saleha dilamar oleh kekasihnya ketika mereka berada di Mexico. Spekulasi ini terjawab apabila beliau memuat naik gambar dengan kapsyen “I said yes!!!” di akaun Instagramnya.
Maknanya tak lama saja lagi Siti Saleha bakal naik pelamin bersama jejaka yang hanya mahu dikenali sebagai L itu.
Tahniah MiG Online ucapkan kepada Siti Saleha dan pasangan. Semoga segala perancangan dan persiapan perkahwinan kalian berjalan dengan lancar.
Sumber : Beautifulnara
